Hutan Ericaceous
Perkataan "montane" pada dirinya merupakan istilah biogeografi yang merujuk kepada kawasan tanah tinggi yang terletak di bawah garisan pokok. Kawasan montane umumnya mempunyai suhu yang lebih dingin dan seringnya hujan yang lebih lebat, berbanding dengan kawasan tanah pamah yang berhampiran. Kawasan itu juga merupakan tempat kediaman untuk komuniti tumbuhan danhaiwan yang tersendiri.
Kawasan di atas garisan pokok dikenali sebagai kawasan iklim alp.

Hutan Dipterokarp Bukit adalah kawasan hutan yang terdapat di ketinggian antara 300 - 750 meter dari paras laut yang merupakan kelas hutan yang terluas di Semenanjung Malaysia. Spesies utama ialah pokok Seraya, pokok Keruing, dan pokok Meranti.
Hutan Dipterokarp Pamah adalah hutan yang terdapat di ketinggian 300 meter dari paras laut yang mempunyai bilangan pokok yang padat dan berbagai-bagai jenis. Spesies utama ialah pokok Meranti, pokok Balau, dan pokok Kapur.
Pada sepanjang dekad yang lalu, kerajaan Indonesia telah menyalir sebilangan hutan paya gambut di pulau Borneo untuk dijadikan tanah pertanian. Tahun-tahun kering pada 1997-8 and 2002-3 mengakibatkan kebakaran-kebakaran yang besar di dalam hutan-hutan paya gambut. Sebuah kajian yang dilaksanakan oleh Agensi Angkasa Lepas Eropah mendapati bahawa hutan-hutan paya gambut merupakan suatusimpanan karbon yang penting untuk planet ini, dan kebakaran-kebakaran pada 1997-8 telah membebaskan sehingga 2.5 bilion tan karbon, dengan kebakaran-kebakaran pada 2002-3 membebaskan lagi antara 200 juta hingga 1 bilion tan karbon ke dalam atmosfera.

Hutan Paya Laut merujuk kepada kawasan hutan yang terdapat di persisiran laut yang berlumpur bercampur pasir laut yang mengalami airpasang dan surut. Spesies utama Hutan Paya Laut ialah pokok Bakau.Kawasan hutan paya laut telah dikenal pasti sebagai kawasan yang paling produktif dari segi penghasilan dan pembiakan sumber-sumber laut. Ini disebabkan kawasan paya laut atau hutan paya bakau merupakan kawasan yang menjadi tempat tumpuan anak-anak ikan berlindung diri dari ikan pemangsa lain. Kawasan paya laut atau paya bakau juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan yang gugur dari pokok-pokok sekitar dan menjadi habitat seperti ketam yang menjadi makanan istimewa dan sumber pendapatan kepada penduduk tempatan.
Selain itu, ia juga menjadi kawasan penternakan ikan atau udang di dalam sangkar yang penting. Akar dari pokok-pokok bakau mengheningkanair yang berkelodak, menjadikan air di kawasan itu jernih. Bagaimanapun, terdapat pendapat yang menyatakan aktiviti penternakan ikan danudang telah mencemar kawasan sekeliling.
Selain itu kawasan paya bakau juga sering diancam oleh aktiviti pembalakan kayu bakau. Kayu bakau yang tahan lama dan mampu terendam dalam air sering digunakan dalam pembinaan seperti tiang jeti. Selain itu, kayu bakau juga amat sesuai untuk dibakar untuk menghasilkan arang.